Follow by Email

CARA MENGEJA SATU SUKU KATA

Assalamualaikum...
Tajuk kaedah jawi baru kali ini ialah Cara Mengeja Satu Suku Kata. Perkataan satu suku kata itu dari 3 kategori berikut :


Rajah 1 : Cara Mengeja Satu Suku Kata

1) Perkataan yang dimulai dengan huruf  'W'.
    Perkatan satu suku kata yang bermula dengan huruf 'W' dan mempunyai huruf 'alif' , maka hendaklah dikekalkan huruf 'alif' tersebut.

Rajah 2 : Perkataan yang dimulai dengan huruf 'W'

KAEDAH PEMBELAJARAN JAWI

Assalamualaikum..jumpa lagi..^_^
Kaedah Pembelajaran Jawi merupakan kaedah yang penting dan paling asas dalam pembelajaran dan penulisan tulisan jawi.

ARAS 1:
      Aras ini merupakan aras yang paling asas dalam pembelajaran jawi. Pada aras ini ditekankan tiga perkara yang utama iaitu :-
  1. Suku kata perkataan.
  2. Padanan huruf rumi dan jawi
  3. Sifat-sifat huruf.
      Pada aras ini murid tidak didedahkan dengan kaedah-kaedah jawi lagi supaya murid tidak rasa terbeban dan lebih berminat untuk mempelajari jawi.
      Di akhir pembelajaran aras ini, turut disediakan latih tubi yang ringan bagi menarik minat murid untuk belajar.

ARAS 2:
      Pada aras ini masih dikekalkan Kaedah Padanan Huruf sebagai asas utama dalam ejaan.
      Aras ini juga menekankan huruf-huruf yang biasa digunakan pada perkataan pinjaman Bahasa Arab.
      Di akhir pembelajaran turut disediakan latih tubi bagi memantapkan lagi penggunaan dan pemahaman murid-murid.

 ARAS 3:
      Aras ini menekankan kaedah ejaan yang betul dengan cara mempelajari kaedah yang betul. Disusuli dengan latihan yang disertakan bersama dengan penerangan kaedah dan pembetulan kesalahan sekiranya perlu.
      Murid-murid digalakkan merujuk formula seperti di aras 1 dan aras 2 bagi memahirkan diri dalam ejaan jawi.

*** PENTING : Beri perhatian pada kaedah menyambung huruf. ***

CARA MENGEJA JAWI

Assalamualaikum..
Seterusnya sama-sama kita memahami Cara Mengeja Jawi. Cara mengeja Jawi adalah berdasarkan dua cara. Iaitu :


Hendaklah diperhatikan pada suku kata perkataan tersebut. Kemudian hendaklah diperhatikan pada imbuhan awalan atau akhiran perkataan tersebut.
Selamat mengulangkaji..
Sekian, terima kasih..^_^

ASAS-ASAS DALAM MENULIS JAWI

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk meng'update'kan lagi blog ini setelah sekian lamanye..
Kali ini saya ingin menyentuh tentang Asas-asas Penting Dalam Penulisan Jawi.
Kaedah ini merupakan asas penting yang perlu diperhatikan dalam penulisan jawi.


 Asas-asas dalam menulis jawi:
Langkah 1: Perlu diperhatikan terlebih dahulu bilangan suku kata perkataan tersebut. Samada satu suku kata, dua suku kata atau tiga suku kata..( Nota lanjut bolehlah dirujuk di http://hanifeeqa.blogspot.com/2013/04/cara-mengeja-jawi.html )
Langkah 2: Hendaklah menggunakan padanan huruf bagi huruf-huruf dalam perkataan tersebut..( Nota lanjut bolehlah dirujuk di http://hanifeeqa.blogspot.com/2011/08/klik-untuk-lebih-jelas.html )
Langkah 3: Seterusnya hendaklah diperhatikan sifat huruf bagi huruf-huruf tersebut mengikut sifat hurufnya. Kaedah sifat huruf adalah untuk menentukan samada huruf tersebut boleh bersambung dengan huruf yang berada di sebelumnya atau di selepasnya..(Nota lanjut bolehlah dirujuk di http://hanifeeqa.blogspot.com/2011/11/langkah-3-sifat-huruf.html)
Selamat mengulangkaji..^_^
Jumpa lagi, Terima kasih...

Latihan 2-Tuliskan Huruf Pertama


Arahan : Tuliskan huruf pertama yang berada pada perkataan dibawah.





Sahabat lamanjawi...Terima Kasih...:-)

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Terima Kasih...:-)