Follow by Email

KAEDAH PEMBELAJARAN JAWI

Assalamualaikum..jumpa lagi..^_^
Kaedah Pembelajaran Jawi merupakan kaedah yang penting dan paling asas dalam pembelajaran dan penulisan tulisan jawi.

ARAS 1:
      Aras ini merupakan aras yang paling asas dalam pembelajaran jawi. Pada aras ini ditekankan tiga perkara yang utama iaitu :-
  1. Suku kata perkataan.
  2. Padanan huruf rumi dan jawi
  3. Sifat-sifat huruf.
      Pada aras ini murid tidak didedahkan dengan kaedah-kaedah jawi lagi supaya murid tidak rasa terbeban dan lebih berminat untuk mempelajari jawi.
      Di akhir pembelajaran aras ini, turut disediakan latih tubi yang ringan bagi menarik minat murid untuk belajar.

ARAS 2:
      Pada aras ini masih dikekalkan Kaedah Padanan Huruf sebagai asas utama dalam ejaan.
      Aras ini juga menekankan huruf-huruf yang biasa digunakan pada perkataan pinjaman Bahasa Arab.
      Di akhir pembelajaran turut disediakan latih tubi bagi memantapkan lagi penggunaan dan pemahaman murid-murid.

 ARAS 3:
      Aras ini menekankan kaedah ejaan yang betul dengan cara mempelajari kaedah yang betul. Disusuli dengan latihan yang disertakan bersama dengan penerangan kaedah dan pembetulan kesalahan sekiranya perlu.
      Murid-murid digalakkan merujuk formula seperti di aras 1 dan aras 2 bagi memahirkan diri dalam ejaan jawi.

*** PENTING : Beri perhatian pada kaedah menyambung huruf. ***

No comments:

Sahabat lamanjawi...Terima Kasih...:-)

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini...Terima Kasih...:-)